Dec 8, 2010

special

Sebagai isteri, ingin sy kongsikan  luahan hati dr sorg yg bergelar suami..dan bg isteri yg sama seperti luahan ini maka bersyukur lah kerana bukan semua wanita dpt kelebihan n keistimewaan seperti ini..hanya isteri yg memang di pilih Allah utk sanggup berkorban meninggalkan kerjaya demi utk menjaga keluarga..suami dan ank2..teruskan kan lah tanggungjwb anda sebaik mungkin..kerana sesungguhnya semua pengorbanan ini akan di nilai Allah..n mendapat pahala..
dan bg isteri yg berkerja,.. sesungguhnya  perjalanan hidup ini telah di atur oleh Allah SWT..selagi nawaitu bekerja adalah utk membantu suami dan anak2 maka tidak ada kesalahan nya dan selagi tidak lari dr landasan yg salah maka insyaALLAH Allah akan memberikan rezeki..dimana pun kita berpijak,dimana pun kita berada..hanya ingat 1 perkara..redha n berkat dr Allah SWT yg paling penting..

"Isteri ku ..Mulianya pekerjaan mu, bergajikan Berkat ...n..bertemankan Redha Allah SWT ..setiap hari..
Seribu, dua ribu... seratus ribu pun boleh, hanya Allah shj yang tahu
Aku sememangnya memilih mu dgn izin Allah..kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik baik ku.. disebalik ramainya WANITA2 moden n berpangkat tinggi disekeliling ku...kerna aku tahu sukarnya mencari seorang wanita dizaman 'kebendaan' ini, yg sanggup menjaga rumah tangga sepenuh masa, yg pasti tiada peluang naik pangkat & kenaikan tahunan....

Putri ku... kau bertuah kerna ibu mu sentiasa disisi, meyakinkan aku bahawa engkau suatu hari nanti adalah anak yg akan menyinari hidup Ibubapa mu ketika kami tidak lagi bermaya... berkat kasih sayang yg tidak putus2 drp Ibumu, sedangkan kawan2 mu diluar sana terpaksa mencari2 peluang masa utk bermanja dgn ibu-ibu mereka... kerna ibu2 zaman siber kini sibuk menyelesaikan masalah ditempat kerja, supaya peluang kenaikan gaji & pangkat sentiasa terbuka...

Semoga Allah SWT memberkati hidup mu Isteriku, dan semoga engkau turut diterima dikalangan hanya segelintir wanita yg dijanjikan Allah SWT akan SyurgaNya....walau pun kau tidak blh menjadi Siti Kadijah isteri Nabi..KERANA Dia adalah wanita sempurna di muka bumi ini..tetapi sekurang2nya..ada nilai2 murni dlm diri mu..seperti Siti Kadijah yg byk berkorban pada suaminya Rasulullah SAW..jadikan lah Siti Kadijah sebagai idola mu wahai isteri ku..insyaAllah rumahtangga kita akan bahagia dunia akhirat...
Nukilan dari sudut hati nurani seorg suami dan ayah.."

No comments:

Post a Comment