Dec 8, 2010

Pesanan dan Peringatan

Terlanjur kita di awal era baru ini..mari kita sama2 hayati pesanan Rasulullah SAW ini pd setiap hambanya..kita sematkan dlm hati..kita terapkan dlm jiwa..semoga dgn ini akan membuatkan kita sentiasa muhasabah diri..dlm melakukan setiap kerja..agar kita tidak terpesong dr landasan yg betul..
Betapa hebatnya pengorbanan Rasulullah SAW..kita tidak akan rugi walau sedikit pun klu membaca pesanan ini berulang kali..

9 zulhijjah thn 10 hijriah
Lembah Uranah ,Gunung Arafah

"Wahai manusia,dengarlah baik2 apa yg hendak ku sampaikan dan katakan,aku tidak mengetahui apakah aku dpt bertemu lg dgn kamu semua selepas thn ini...
wahai manusia,seperti mana kamu menganggap bulan ini,kota ini adalah sbg suci,,maka anggaplah jiwa dan harta setiap org muslim sebagai amanah suci..kembalikan harta yg di amanahkan kpd kamu kpd pemiliknya yg berhak..
"jgnlah sakiti sesiapa pun,agar org lain tidak akan menyakiti kamu..ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan mu..dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
"Allah telah mengharamkan riba,oleh itu jauhilah
 segala urusan yg melibatkan riba
"berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan kamu,dia telah berputus asa utk menyesatkan kamu dlm perkara2 yg besar,,maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dlm perkara2 kecil.
"wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,mereka juga mempunyai hak atas kamu,sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka berhak di beri mkn n pakaian dlm suasana kasih syg..layanilah wanita2 kamu dgn baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yg setia..dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak blh membenarkan sesiapa yg tidak kamu sukai ke dlm rumah dan di larang melakukan zina.

"wahai manusia dgr lah bersungguh2 kata2 ku ini,sembahlah Allah,dirikan solat 5 waktu,berpuasalah di bulan ramadhan,tunaikanlah zakat pd harta kekayaan mu,kerjakan hj sekiranya kamu mampu..ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kpd muslim yg lain..kamu semua adalah sama,tidak sorg pun yg lebih mulia dr yg lainnya..kecuali taqwa dan beramal soleh

"ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pd suatu hari utk di pertanggungjwbkan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan,,oleh itu awasilah agar jgn sekali2 kamu terkeluar dr landasan kebenaran selepas ketiadaan ku..
"wahai manusia,tidak ada lg Nabi dan Rasul yg akan dtg selepas ku dan tidak akan lahir agama baru..oleh itu wahai manusia,nilailah dgn betul dan fahamilah kata2ku yg telah di sampaikan kpd kamu..

"sesungguhnya aku telah tinggalkan kpd kamu 2 perkara,yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua2nya nescaya kamu tidak akan tersesat selama2nya..itulah Al-Quran dan Sunnah ku..hendaklah org yg mendengarkan ucapan ku,menyampaikannya kpd org lain..dan hendaklah org lain itu menyampaikan pula kpd org lain..semoga yg terakhir lebih memahami kata2ku dr mereka yg mendengar terus dr ku..

Saksikan lah YA ALLAH ,bahawasnya telah aku sampaikan risalah Mu kpd hamba2 Mu....

No comments:

Post a Comment