Dec 6, 2010

Cantik Di hati

Menjadi hamba Allah adalah satu kenikmatan, kenikmatan yg sangat berharga sehingga boleh menitiskan airmata bg mereka yg betul2 sedar.
Sepanjang kehidupan mencari keredhaan-Nya kita akan lalui byk ujian & rintangan tetapi dgn ujian itulah yg membuatkan diri sentiasa bermuhasabah diri.
Berdoa lah kita agar Allah memberikan perlindungan & kesihatan yg baik agar dpt meneruskan kehidupan dgn penuh ketaqwaan.

Menyedari diri byk kekurangan,saya cuba utk belajar memahami org lain,menerima seadanya
belajar bahawa hidup ini tidak boleh sendiri ia satu penyatuan dan berjemaah
belajar menerima sesuatu dgn rasa ikhlas iaitu sesuatu yg telah di tentukan-Nya
membina keyakinan diri dgn memohon kpd Allah tanpa rasa ragu2

Pengalaman org lain sy ambil jadi kan iktibar serta belajar melaluinya bahawa Allah menurunkan sesuatu ujian utk memperkasakan &memperkuatkan iman di dada hamba-Nya

Saya selalu berpesan pd diri sendiri melalui satu pesanan yg sy petik dr sebuah bahan bacaan

"Hati kita yg mengetahui apa yg kiter inginkan
dan apa dosa2 yg telah kita lakukan
berdoalah bersungguh2 dgn penuh keinsafan
jaga niat & jaga hati

pesanan ini umpama sebuah memo utk terus memperbaiki diri..

kita jadikan ia satu peringatan buat diri saya,suami,putri & kaum kerabat sekalian
juga wahai  hamba2 Allah , kwn2 & saudara2ku yg di kasihi Allah yg sudi membaca catatan ini..
kekecewaan itu lumrah yg perlu kita lalui,kita jarang skali cuba tuk menyeledikinya..sesungguh nya terdpt seribu rahmat yg terkandung & sebagai hikmah

Allah sedang memanggil apabila kita kecewa,Allah memanggil utk kita menghampiri-Nya , kerana selama ini manusia telah alpa akan kewujudan nya.
Hanya persoalannya ada kah hati kita mahu mendekati-Nya atau kita akan tenggelam dlm kekecewaan yg kita sendiri cipta.
Jika kita tenggelam dlm lubuk kecewa maka kita tidak dpt merasa kasih syg Allah yg sedang menaungi kita..kita kongsi bersama kata2 dr Dr Azhar Perunding emosi  spiritual.

"jgn kita tenggelam dlm kesibukan mencari jln keluar kpd masalah kerana tanpa kita sedari kita sudah bertuhankan masalah,bertuhankan kekecewaan
Bila kita mewujudkan ikatan yg kuat ,maka kita sebenarnya hanya menambah beban yg tidak seharusnya wujud.
jika kita dpt melihat kekecewaan itu sbg satu dr tanda2 kasih sayang Allah SWT maka kecewa itu pasti akan lenyap dan kebahagiaan akan ada..insyaAllah
Maka dgn itu biarlah kita sama2 bkongsi jln dan cara..untuk bagaimana kita perlu memahami bahwa Allah SWT yg tahu apa yg terbaik bg hambanya

Kecewa itu hanya tanda kasih sayang Allah SWT dan ingatlah rahmat Allah sentiasa mendahului kemurkaan Nya,maka lihatlah kekecewaan itu dgn melihat kurniaan kasih sayang bukan keluh kesah yg membawa derita..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment