Dec 24, 2010

salam

 
salam tuk semua,alhamdulillah dgn izinNYA kita bersua lagi dlm catatan baru ini, dan semoga amalan kita diterima oleh Allah hendaknya.
 
InsyaAllah Hari ini Alhamdulilah ada kesempatan untuk menulis di blog ini, Setiap diri manusia mempunyai perasaan,sesungguhnya perasaan adalah Anugerah terhebat yang diberikah oleh Allah kepada kita(hambanya)Dengan adanya perasaan manusia dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna,yakni berkasih sayang antara satu sama lain,Cube kita pikir diri manusia tanpa kasih dan sayang pasti manusia manusia tak ubah menjadi atau lebih kurang cam pokok atau pun kereta2 robot tak gitu? hehe jadi disini kita harus bersyukur pada Allah dengan menganugerahkan kita dengan sifat Perasaan kita manusia mempunyai aktiviti didunia ini, Contoh aktiviti: dengan adanya perasaan manusia saling mencintai satu sama lain ada anak anak, dan manusia mendidik anak anak ni salah satu contoh sahaja,, dan pelbagai lagi aktiviti...Akan tetapi manusia silap kerana tidak dapat membezakan perasaan dengan kekejaman,sejak kebelakagan ni saya banyak menerima masalah "bercinta" oleh insan insan yang dilamun cinta, ada lelaki bujang yang bercinta dengan isteri orang,ada wanita bercinta dengan suami orang dan sebagainya, sememangnya sebuah perasaan sukar difahami, makna kasih sukar difahami, makna cinta sukar difahami oleh orang lain.melainkan diri sendiri yang merasai kehebatan cinta itu..Sebagai manusia yang dianugerahkan sedikit panca indera akal mata hati,rasa hati gerak hati,kita harus menggunakan panca indera itu dengan sebaik baiknya, dan sebagai manusia yang normal boleh berfikir kita tidak wajar meletakkan sebuah perasaan cinta terhadap seseorang yang sudah berkahwin dan mengharapkan akan ada hubungan istimewa,ini kerana terlalu banyak masalah akan timbul selepas cinta tanpa restu itu dijalinkan..
Disini banyak manusia tewas,jika kita tanya manusia yang bercinta dengan isteri atau suami orang lain, pasti jawapan yang diberikan "perjumpaan itu takdir,perasaan itu datang dari Allah" dan pelbagai lagi alasan untuk mendapatkan cinta terlarang itu.. ya saya akui benar takdir perasaan kasih itu semua datang dari Allah. Tetapi bagaimana kalian sanggup mencapai kebahgian atas sengsara manusia lain?

Kita harus berfikir banyak kali, jika kita bercinta dengan isteri @ suami orang, diorang munkin dah ada anak anak, Disini antara kita dah tau,jika kita teruskan hubungan dengan suami@ isteri orang,akan menyebabkan penceraian,memisahkan seorang anak dan ibunya atau memisahkan seorang anak dengan ayahnya, atau munkin berlaku kes cemburu boleh melibatkan bunuh, anak bunuh isteri atau bunuh suami, Disini kalian yang sedang hot bercinta dengan isteri orang tu cuba tanya pada diri sanggupkah kalian menikmati kebahgian atas sengsara manusia lain?

Disini kaum hawa, bila dan menpunyai suami, tolong jangan babitkan ada cinta lagi pada lelaki lain selain suami, jangan jadi isteri nusyuz, dan kaum adam yang sudah berumah tangga tu harus bijak menjaga isteri, memberi didikan kepada isteri.




No comments:

Post a Comment